Pengenalan Ilmu Tamadun

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.  Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-sebabnya.[1] Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak.  Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.[2] Untuk mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu pengetahuan, skill dan system kepercayaan.  Tamaddun juga mempunyai material  dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1  Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun

  1. Konsep Tamaddun
    1. Konsep manusia

– Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & ‘aqli.

–          Sumber Naqli :  Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia.

–          Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan.

  1. Konsep Masyarakat

Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu.

Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :-     

–          Akidah

–          Syariat

–          Akhlak

–          tradisi sendiri

  1. Hak anggota Dalam Masyarakat Islam
    1. Hak untuk Hidup
          – setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh.
    2. Hak untuk bebas
          – Bebas yang terikat dengan syarak
    3. Hak Untuk Mendapat Keadilan
          – Undang2 islam berdasarkan al-quran & sunnah
    4. Hak untuk mendapatkan persamaan
          – setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

 

  1. Takrif Ilmu Tamaddun

–       Pandangan Sarjana Islam

Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau nama khas yang membawa maksud “ masyarakat “. Apabila dua kata ini digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa maksud “ masyarakat madani “ atau masyarakat yang bertamaddun.  Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.  Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “ madinah “ yang bermaksud “ kota “ atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat  manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan Ialam “, bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang  lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

–       Pandangan Sarjana Barat

Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : “ tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya” . Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang wujud dibandar-bandar.  Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun.

Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar politik.


[1] Ibnu Khaldun-Muqaddimah

[2] Abdul Rahman Nawas, Tamaddun Islam

Sekiranya anda ingin mendapat nota lengkap tentang Bab 1: Pengenalan Ilmu Tamadun, sila download bahan ini secara percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: